KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 17 JAM, IMAN ASRI PEMEGANG ‘SYAHADAH ULA AL-FATEH’

KUALA LUMPUR: Iman Asri, 24, kini pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’ selepas berjaya ujian khatam al-Quran dalam tempoh 17 jam dengan kurang 10 kesalahan bacaan.

Dalam ujian tersebut, terdapat empat pemeriksa yang menyemak bacaan beliau.

Syahadah Ula al-Fateh merupakan ujian menghafaz al-Quran yang dilaksanakan oleh Maahad Tahfiz al Fateh, Batang Kali sejak tiga tahun lalu.

Menurut Perunding Maahad Tahfiz al Fateh, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Iman antara individu yang berjaya lulus ujian tersebut pada peringkat remaja.

“Tahniah Iman. Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat.

“Beliau kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia,” katanya dalam catatan di Facebook. – AlHijrah Online

Leave a Reply