KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mengeluarkan senarai negara-negara yang selamat dikunjungi bagi mengurangkan kebimbangan umum mengenai penularan wabak koronavirus.
Timbalan
Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia
(BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata, langkah itu bertujuan memberi jaminan dan
keyakinan kepada orang ramai yang ingin ke luar negara.
Beliau berkata langkah
itu penting memandangkan syarikat pelancongan tempatan mengalami kerugian mencecah
RM3 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini akibat kebimbangan umum
terhadap koronavirus.
“Kami memerlukan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang negara-negara yang selamat dikunjungi kerana ini sedikit sebanyak dapat membantu agensi-agensi pelancongan yang sudahpun menyiapkan program perjalanan ke negara tersebut.
“Apabila agensi pelancongan memohon untuk menangguhkan perjalanan, negara tersebut tidak memberi kerjasama kerana mereka mengatakan bahawa negara mereka selamat. Jadi oleh itu, bayaran-bayaran sudah dibuat mereka tidak hendak memberi kerjasama untuk refund (bayaran balik).
“Justeru itu, dengan kenyataan daripada KKM di mana menyenaraikan negara-negara yang selamat untuk dikunjungi itu akan memberi kelegaan kepada pelanggan-pelanggan untuk meneruskan perjalanan,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat BUMITRA kepada penggiat industri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Harun berkata, BUMITRA juga meminta pihak bank mempertimbangkan penangguhan bayaran balik pinjaman dan tidak mengenakan bayaran bunga (interest) bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan untuk mengurangkan beban kerugian syarikat pelancongan terbabit.
Katanya, BUMITRA turut menghargai kerjasama diberikan syarikat penerbangan yang membenarkan pembatalan tanpa dikenakan sebarang caj akibat situasi semasa itu.
BUMITRA dianggotai 600 syarikat pelancongan bumiputera dengan 400 darinya mengendalikan pakej umrah yang terkesan secara langsung dengan arahan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah ke tanah suci. – AlHijrah Online/ Zamir Akmal Zambri
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests