THAILAND BATALKAN VISA KETIBAAN 18 NEGARA BENDUNG COVID-19

BANGKOK: Thailand hari ini membatalkan pengeluaran visa ketibaan kepada 18 negara dan pengecualian visa untuk tiga negara lain bagi membendung penularan wabak koronavirus, kata menteri dalam negerinya.

Sebelum ini, warganegara daripada 18 negara terbabit boleh menggunakan passport atau dokumen perjalanan untuk memohon visa ketibaan atau VOA di kaunter Imigresen Thailand.

Negara terbabit, termasuk Bulgaria, Bhutan, China (termasuk Taiwan), Cyprus, Ethiopia, Fiji, Georgia, India, Kazakhstan, Malta, Mexico, Nauru, Papua New Guinea, Romania, Rusia, Arab Saudi, Uzbekistan dan Vanuatu. 

Pengecualian visa bagi Korea Selatan, Itali dan Hong Kong pula dibatalkan, kata menteri terbabit. — Reuters

Leave a Reply