Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LESEN DIGITAL MALAYSIA ‘TAK LAKU’ DI THAILAND

DALAM NEGARA

LESEN DIGITAL MALAYSIA ‘TAK LAKU’ DI THAILAND

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan orang ramai yang mahu berkunjung ke Thailand khususnya mereka yang membawa kenderaan supaya mendapatkan lesen memandu fizikal dengan bayaran RM20.

 

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan orang ramai yang mahu berkunjung ke Thailand khususnya mereka yang membawa kenderaan supaya mendapatkan lesen memandu fizikal dengan bayaran RM20.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, langkah itu bagi mengelak rakyat Malaysia daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa Thailand.

“Bagaimanapun, kita (JPJ) Kelantan ada buka ruang, peluang untuk rakyat kita untuk mendapatkan lesen fizikal, lesen memandu Malaysia, boleh datang di mana-mana pejabat JPJ berhampiran,” kata Misuari selepas menghadiri program Kucha Sugho di Ibu Pejabat Queen Ekspress , hari ini.

Bagi pemanduan dalam negara sudah memadai lesen digital menerusi aplikasi MyJPJ ataupun tangkap layar lesen.

Namun untuk ke luar negara termasuk Thailand pemandu masih perlu menunjukkan  lesen fizikal sekiranya diperiksa oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Selain lesen fizikal, mereka yang mahu ke luar negara juga boleh berkunjung ke mana-mana kaunter JPJ untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa (IDP).

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemandu Malaysia disaman sebanyak 1,000 bath kerana gagal menunjukkan lesen memandu fizikal dalam sekatan jalan raya di Hat Yai, Thailand.

Ketika pemeriksaan, wanita berkenaan menunjukkan lesen memandu Malaysia versi digital melalui aplikasi MyJPJ, namun pegawai berkenaan memaklumkan bahawa polis Thailand hanya mengiktiraf lesen memandu Malaysia dalam bentuk fizikal bagi warganegara malaysia, atau permit memandu antarabangsa (IDP) bagi warga asing. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading