Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CHINA, MALAYSIA SETUJU CADANGAN LALUAN PROJEK ECRL DILANJUT KE RANTAU PANJANG

DALAM NEGARA

CHINA, MALAYSIA SETUJU CADANGAN LALUAN PROJEK ECRL DILANJUT KE RANTAU PANJANG

Laluan ECRL berpotensi diperluas hingga ke sempadan Thailand selepas Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan sambungan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan. Projek itu dijangka merancakkan ekonomi kawasan pedalaman serta membuka hubungan pengangkutan terus antara kedua-dua negara.

HANGZHOU: Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan, sekali gus membuka potensi hubungan pengangkutan terus dengan Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu bukan sahaja bakal merancakkan ekonomi kawasan pedalaman Kelantan yang sebelum ini terpinggir, malah memperkukuh jaringan pengangkutan rentas sempadan.

“Perbincangan lanjut cadangan ECRL akan diadakan bersama dengan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan,” katanya kepada media Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja ke China, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan berkenaan turut mendapat maklum balas positif dalam perbincangannya bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.

ECRL merupakan projek pengangkutan darat sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan wilayah Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Laluan dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang itu melibatkan 20 stesen, terdiri daripada 10 stesen penumpang dan 10 lagi stesen yang menggabungkan pengangkutan barang serta penumpang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading