Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMPAUN RM4.4 JUTA DIKELUARKAN KEPADA 12 SYARIKAT BERKAITAN GISBH – ARMIZAN

DALAM NEGARA

KOMPAUN RM4.4 JUTA DIKELUARKAN KEPADA 12 SYARIKAT BERKAITAN GISBH – ARMIZAN

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ditemubual pemberita selepas Majlis Perasmian TikTok Shop Summit Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini. — Bernama

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata kompaun itu dikeluarkan setelah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kesemua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

“Selain GISBH, terdapat sebanyak 17 syarikat lain menggunakan nama GISB dalam pendaftaran SSM. Pada masa yang sama, semakan data dan laman sesawang berkaitan GISB atau ‘Ikhwan’ pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISB.

“Antara tanggungjawab syarikat setiap tahun ialah perlu mengemukakan penyata kewangan mereka yang telah diaudit. Siasatan SSM mendapati 12 syarikat ini tidak patuh dengan tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan,” katanya ketika ditemui selepas TikTok Shop Seller Summit 2024 di sini hari ini.

Armizan berkata dalam isu GISBH, KPDN bertanggungjawab membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi perundangan serta ketidakpatuhan terhadap akta berkaitan oleh rangkaian-rangkaian perniagaan mereka. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading