Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTRAKTOR DIDAKWA GUNA GELARAN DATUK TANPA KEBENARAN UNTUK DAPAT TENDER KERAJAAN

DALAM NEGARA

KONTRAKTOR DIDAKWA GUNA GELARAN DATUK TANPA KEBENARAN UNTUK DAPAT TENDER KERAJAAN

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran datuk tanpa kebenaran bagi mendapatkan tender kerajaan tahun lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran datuk tanpa kebenaran bagi mendapatkan tender kerajaan tahun lepas.

Bashir Mohd Sardar Husin, 56, didakwa menggunakan gelaran berkenaan tanpa kebenaran bertulis daripada Sultan Pahang bagi maksud perniagaan bagi mendapatkan tender kerajaan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada 9.30 pagi, 26 Julai 2024. 

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) enakmen sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 kerana anak guamnya tidak berkemampuan untuk membayar jaminan terlalu tinggi selain telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading