Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOS UMRAH DIJANGKA MENINGKAT 20 HINGGA 25 PERATUS

DALAM NEGARA

KOS UMRAH DIJANGKA MENINGKAT 20 HINGGA 25 PERATUS

Sumber Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Kos ibadah umrah dijangka meningkat 20 hingga 25 peratus berikutan pelaksanaan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan Arab Saudi akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sebahagian besar peningkatan kos itu berkait dengan penjarakan fizikal seperti had muatan bilik hotel dan kenderaan.

“SOP baharu antaranya menghadkan muatan bas kepada 50 peratus sahaja. Hotel pula selain jumlah jemaah dalam bilik penginapan yang dikurangkan, harga juga meningkat kerana pihak hotel tidak membenarkan katering dari luar dan perlu ambil makanan yang disediakan di hotel sahaja,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Ruzman berkata Tabung Haji Travel & Services telah bersedia menerima jemaah umrah, susulan daripada pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan aktiviti berkenaan dilaksanakan

Beliau dalam pada itu amat berharap semua pihak yang berhasrat menunaikan umrah dapat menerima perubahan harga tersebut dengan hati yang terbuka. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading