KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI MALAYSIA TIBA DI TANAH AIR
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612.
SEPANG: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612.
Ketibaan mereka pada pukul 9.05 pagi dari Jeddah, Arab Saudi disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar.
Ahmad Marzuk ketika ditemui pemberita berkata 49 penerbangan menerusi Malaysia Airlines (MH) dan Saudia Airlines disediakan bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji pulang ke tanah air bermula semalam hingga 13 Ogos ini.
“Jemaah haji akan balik secara berperingkat dan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh TH… syukur operasi haji pada tahun ini berjalan dengan lancar.
“Semua jemaah haji dapat melaksanakan ibadat dengan selamat, selesa dan teratur meskipun cuaca agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah celcius” katanya.
Ahmad Marzuk berkata 32 jemaah haji Malaysia sedang menerima rawatan di hospital di Makkah kerana mengalami strok haba.
“Alhamdulilah, semua jemaah haji yang menerima rawatan dilaporkan stabil… kita nasihatkan baki jemaah haji yang masih berada di Makkah untuk menjaga tahap kesihatan masing-masing,” katanya.
Sementara itu Azman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi haji kali ini terutama sekali Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Malaysia.
“TH amat berterima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara serta semua agensi yang terlibat di dalam operasi haji di tanah air dan di tanah suci,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.