LAPAN MAUT, 82 DIKHUATIRI HILANG DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BANDUNG BARAT
Lapan individu maut manakala 82 lagi dikhuatiri hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Pasir Langu di Bandung Barat, Jawa Barat yang menimbus beberapa kawasan kediaman pada awal pagi Sabtu.
JAKARTA: Lapan individu maut manakala 82 lagi dikhuatiri hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Pasir Langu di Bandung Barat, Jawa Barat yang menimbus beberapa kawasan kediaman pada awal pagi Sabtu.
Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari berkata tanah runtuh itu berpunca daripada hujan berintensiti tinggi yang berlaku kira-kira 2.30 pagi Sabtu.
“Seramai 23 orang dilaporkan terselamat, manakala kira-kira 113 orang daripada 34 keluarga terjejas.
“Jumlah rumah yang rosak masih dalam proses pengesahan oleh petugas di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Muhari berkata BPBD telah menjalankan penilaian awal di lokasi dan memulakan usaha tindak balas kecemasan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Beliau berkata daerah berkenaan kekal berada di bawah Status Amaran Darurat bagi banjir, banjir kilat, cuaca ekstrem dan tanah runtuh hingga 30 April tahun ini.
Sebagai respons kepada peningkatan bencana hidrometeorologi di Jawa Barat, beliau berkata BNPB telah melaksanakan Operasi Modifikasi Cuaca (OMC) bagi mengurangkan intensiti hujan.
“Operasi itu telah dijalankan sejak 12 Jan lepas di Jawa Barat dan Jakarta, melibatkan dua pesawat yang beroperasi dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma,” katanya.
Beliau menambah bahawa 32 penerbangan telah dilakukan di ruang udara Jawa Barat, melepaskan 32,000 kilogram bahan pembenihan antara 13 dan 22 Jan lalu manakala 19 penerbangan dilaksanakan di Jakarta dengan pelepasan 12,400 kilogram bahan itu dalam tempoh yang sama.
Untuk mengoptimumkan kawalan hujan, Abdul Muhari berkata BNPB telah menambah dua pesawat jenis Caravan bagi operasi itu bermula Jumaat dan mungkin memperluaskannya ke Wilayah Banten sekiranya risiko cuaca ekstrem meningkat. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked