KUALA LUMPUR: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, termasuk Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membangunkan Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah di AlBab, Syria bagi menyediakan penempatan kepada pelarian terjejas perang di wilayah konflik itu.
Tujuh NGO lain adalah Malaysia For Syria (MFS), Cinta Syria Malaysia (CSM), Faith Men, Global Peace Mission Malaysia (GPM), WeCare, MyFundAction dan Haluan.
Projek penempatan sistematik untuk pelarian Syria yang terjejas perang itu membabitkan dana USD369,650 atau kira-kira RM1.51 juta yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui kelapan-lapan pertubuhan kemanusiaan terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata fasa pertama perkampungan pelarian Syria itu menyaksikan pembangunan 100 unit rumah kluster selain bangunan madrasah dan sekolah.
“Projek perkampungan pelarian yang turut melibatkan kerjasama NGO Syria di Turki, Bonyan turut membabitkan penyediakan bekalan elektrik, air, telaga, sanitasi dan kemudahan infrastruktur jalan yang sistematik.
“Seramai 52 keluarga pelarian Syria dari Kem Azraq telah berpindah ke Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah secara berperingkat-peringkat pada 15 April lalu sempena perasmian penempatan itu yang disempurnakan Timbalan Mufti Kilis, wakil NGO Malaysia dan Bonyan,” kata Mohd Fauzan.
Menurut beliau fasa kedua pembangunan Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah akan diteruskan dengan penambahan 100 unit rumah pangsapuri, sebuah pusat perniagaan, ladang ternakan dan pertanian.
Katanya selain pembinaan penempatan tersebut, MVM juga menyampaikan bantuan bekalan makanan melalui agihan kotak makanan, makanan panas dan baju raya kepada pelarian Syria di Turki dan Syria.
“Bantuan sama turut disalurkan kepada pelarian Palestin di Gaza dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia yang beroperasi di wilayah bergolak itu.
“MVM dengan kerjasama rakan NGO, khususnya Malaysia For Syria dan Cinta Gaza Malaysia akan terus komited untuk membantu warga Syria dan Palestin yang terjejas akibat konflik dan penindasan,” kata Mohd Fauzan.
Individu atau organisasi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5648 0164 7699 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia) atau melayari laman sesawang https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadan-2021-syria-palestin/ atau hubungi hotline MVM di talian 012-235 6854 untuk maklumat lanjut. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager