SANGGUP GUNA SIHIR KERANA TIDAK SENANG KETEGASAN AYOB KHAN

GAMBAR OLEH: MOHD RASFAN / AFP

KLUANG: Ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam membanteras aktiviti jenayah mengundang rasa tidak senang sesetengah pihak sehingga ada yang sanggup menggunakan sihir ke atas beliau.

Memetik laporan Sinar Harian, serangan tersebut tidak membuatkan beliau gentar untuk melaksanakan tugas dan beliau percaya rezeki hidup dan mati ditentukan Allah SWT.

“Kita jangan angkuh, jangan cakap besar, paling penting buat kerja dengan ikhlas kerana ALLAH.

“Rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi Allah SWT yang tentukan, kalau takut kita tidak dapat lakukan kerja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Intan Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Intan Kampus Wilayah Selatan di sini pada Khamis.

Beliau turut berkongsi amalan yang dilakukannya bagi mencegah daripada terkena sihir antaranya dengan mengamalkan surah Yassin dan ayat Kursi.

“Memang ada…. khususnya orang Melayu, tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Tidak boleh berdepan dia guna cara halus, bomoh siam, macam-macam dan ada orang yang terkena.

“Insya-ALLAH, ayat kesembilan surah Yassin itu pendinding, kalau nak keluar rumah pun baca, Insya-ALLAH selain daripada ayat kursi.

“Tetapi kena yakin, memang benda-benda mistik itu ada, bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya,” katanya. – AlHijrah Online

KREDIT: SINAR HARIAN

Leave a Reply