Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARIAN BERPAKAIAN SONGSANG: JANGAN ANJUR ACARA GUGAT KEDAULATAN AGAMA ISLAM – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

LARIAN BERPAKAIAN SONGSANG: JANGAN ANJUR ACARA GUGAT KEDAULATAN AGAMA ISLAM – MOHD NA’IM

KUALA LUMPUR: Sebarang acara yang boleh mencetuskan polemik serta menggugat kedaulatan agama Islam perlulah dielakkan sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak adalah diseru supaya sentiasa menghormati serta memahami sensitiviti umat Islam khususnya dalam aspek ketetapan hukum hakam dan nilai-nilai fitrah insan. 

Berhubung isu penganjuran sebuah larian didakwa di Johor yang mempromosikan budaya songsang, Mohd Na’im berkata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz telah menegaskan acara itu tidak dianjurkan oleh kerajaan negeri itu.

“Kerajaan Negeri Johor yang telah meminta siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh perkara itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Na’im semua pihak diseru agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan isu ini. 

Katanya perpaduan serta keharmonian perlu sentiasa dipelihara demi kemakmuran negara.

Acara larian tersebut difahamkan anjuran sebuah persatuan dan menerusi gambar yang dirakam, peserta berpakaian tidak senonoh serta mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kerajaan Johor telah mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi menganjurkan acara yang menjejaskan sensitiviti agama Islam di negeri itu.

Selain itu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan acara yang mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam serta menjatuhkan imej negeri Johor secara keseluruhan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading