LAWATAN NEGARA PRESIDEN XI JINPING LAMBANG KEAKRABAN MALAYSIA DAN CHINA – PM ANWAR
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping adalah simbolik dan lambang ikatan persahabatan sejati Malaysia dan China yang terjalin sejak sekian lama, dan keakraban ini terus utuh serta diperkukuh atas sikap kepercayaan, hormat dan kejujuran.
KUALA LUMPUR: Lawatan negara Presiden China Xi Jinping adalah simbolik dan lambang ikatan persahabatan sejati Malaysia dan China yang terjalin sejak sekian lama, dan keakraban ini terus utuh serta diperkukuh atas sikap kepercayaan, hormat dan kejujuran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam dunia kian mencabar, China tampil sebagai rakan yang rasional, stabil serta berprinsip dan Malaysia menghargai kestabilan itu dan akan terus menjadi sahabat berpaksikan sejarah dan berwawasan masa depan.
“Pepatah Melayu menyebut, air dicincang tidak akan putus. Begitu juga ikatan antara Malaysia dan China yang diuji waktu, namun tetap bersemi dan tidak terlerai.
“Moga persahabatan Malaysia-China terus mekar sedalam lautan, seteguh bintang di langit, dan segemilang harapan yang menyingsing kemakmuran masa depan,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.
Anwar berkata di saat dunia menyaksikan perubahan landskap geopolitik dan beberapa pihak meninggalkan prinsip tanggungjawab kolektif, inisiatif global yang diketengahkan oleh China membuka ruang baharu untuk pembaharuan dan kerjasama.
Perdana Menteri turut mengulangi rasa hormat dan penghargaan atas kepimpinan Xi yang lantang membicarakan soal prinsip perkongsian kemakmuran dan mengangkat nilai ketamadunan serta kemanusiaan sejagat.
“Prinsip dan pendirian Presiden Xi nyata berbeza dengan sikap segelintir negara yang mula meninggalkan prinsip perkongsian tanggungjawab, menghalakan keutamaan untuk mengasah perseteruan dan mempersenjatakan ekonomi,” katanya.
Presiden Xi memulakan lawatan negara ke Malaysia pada Selasa lepas atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas lawatan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Semalam Xi diberi sambutan negara, diikuti dengan sesi menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara dan menghadiri jamuan negara bersama Seri Paduka Baginda.
Presiden China dan delegasinya berlepas ke Kemboja hari ini selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests