Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU GAMBAR JALUR GEMILANG: KETUA EDITOR, PEREKA GRAFIK SIN CHEW DAILY DIPANGGIL BERI KETERANGAN

DALAM NEGARA

ISU GAMBAR JALUR GEMILANG: KETUA EDITOR, PEREKA GRAFIK SIN CHEW DAILY DIPANGGIL BERI KETERANGAN

Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily akan dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

KUALA LUMPUR: Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily akan dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dua individu itu akan dirakam keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman 1 tengah hari ini.

Beliau berkata Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut, manakala Timbalan Ketua Penyunting itu pula adalah pereka grafik gambar berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963  dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin berkata setakat ini pihaknya menerima 13 laporan berhubung isu tersebut di seluruh negara.

Selasa lepas akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera itu dilihat tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu akhbar berkenaan tampil memohon maaf atas kesilapan dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading