Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BAKAR RUMAH DIBURU

DALAM NEGARA

LELAKI BAKAR RUMAH DIBURU

JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang melakukan khianat dengan menyebabkan kebakaran sebuah rumah di Skudai, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengadu membuat laporan selepas menerima sebuah video menunjukkan lelaki tersebut membaling dua bungkusan plastik yang berisi petrol ke dalam halaman rumah dan seterusnya dibakar.

“Semasa kejadian, mangsa dan keluarga sedang tidur di rumah dan tidak menyedari kejadian yang berlaku,” kata Ayob.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini menerima ugutan menyatakan adiknya ada meminjam wang namun tiada pengakuan daripada adik pengadu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan dengan api atau bahan letupan.

Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertopeng, berpakaian gelap dilihat melemparkan dua beg plastik ke dalam rumah mangsa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading