Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI CEDERA LANGGAR LORI BERHENTI

DALAM NEGARA

LELAKI CEDERA LANGGAR LORI BERHENTI

Seorang lelaki berusia 59 tahun cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah lori yang sedang berhenti di tepi jalan, di Persiaran Selat Selatan Pendamaran, di sini petang tadi.

KLANG: Seorang lelaki berusia 59 tahun cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah lori yang sedang berhenti di tepi jalan, di Persiaran Selat Selatan Pendamaran, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.10 petang tadi.

Sejurus itu, beberapa anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil telah melanggar belakang sebuah lori seberat 3 tan yang berhenti di tepi jalan.

“Mangsa didapati mengalami kecederaan ringan dan mangsa dihangar ke Hospital Klang untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading