KERAJAAN KAJI SEMULA SKIM GAJI PERKHIDMATAN AWAM – ANWAR
Beliau berkata keputusan untuk mengkaji semula skim gaji berkenaan dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melambaikan tangan kepada hadirin selepas Majlis Amanat Khas kepada penjawat awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara, dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keputusan untuk mengkaji semula skim gaji berkenaan dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013.
“Kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan kelulusan, maka Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Dr Zulkapli Mohamed) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali), dah kemukakan pandangan kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya sudah bersetuju (dengan cadangan itu).
“Secara keseluruhannya, upah dan gaji penjawat awam masih di tahap yang terendah dan sangat wajar diberikan pertimbangan walaupun terikat dengan kekangan kewangan yang ada, tapi saya fikir sedikit perubahan kita boleh cari jalan supaya boleh beri (kelulusan),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Mohd Zuki di sini hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata tempoh perbincangan untuk penelitian itu akan diserahkan kepada Zulkapli.
“Berapa peratus itu terlalu awal untuk komen, tetapi harus ada… ini kerana (gaji) tidak setimpal dengan kerja, kadang-kadang mereka buat kerja lebih masa… kalau rekod sepertimana kita lihat sekarang pelaburan lebih pantas dan laju, saya bagi jaminan, insya-Allah kita boleh kaji semula skim berkenaan,” kata beliau.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga memperuntukkan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.
“Kita melihat kedudukan perumahan tentera yang sangat teruk dan terbiar sekian lama, jadi saya luluskan peruntukan segera untuk membaikinya dan esok saya akan umumkan peruntukan tambahan untuk rumah polis,” kata beliau.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga ATM dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk Polis Diraja Malaysia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked