Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN SERANG AKTIVIS SUARAKAN ISU LAMBAKAN PENIAGA WARGA ASING

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN SERANG AKTIVIS SUARAKAN ISU LAMBAKAN PENIAGA WARGA ASING

Seorang lelaki yang tular membuat provokasi terhadap sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, semalam telah ditahan polis hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular membuat provokasi terhadap sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, di sini semalam telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan 11.50 pagi ini susulan laporan diterima mengenai insiden tersebut pada 6.44 petang semalam.

Beliau berkata suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.

“Pihak polis akan membuat pemohonan reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Video insiden melibatkan suspek yang dilihat bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat, malah bertindak agresif terhadap anggota NGO itu yang dipercayai memberikan penerangan larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan itu, tular di media sosial sejak semalam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading