SAR LELAKI DIHANYUT KEPALA AIR DI PINTASAN SALOMA BERSAMBUNG PAGI INI
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di Kuala Lumpur semalam, disambung semula pagi ini dengan menumpukan pencarian di permukaan air di sekitar kawasan terakhir mangsa dilihat.
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini semalam, disambung semula pagi ini dengan menumpukan pencarian di permukaan air di sekitar kawasan terakhir mangsa dilihat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata pencarian hari kedua ini akan memanfaatkan faktor pencahayaan siang yang lebih jelas berbanding operasi malam tadi.
Menurutnya, pasukan penyelamat juga sedang mempertimbangkan penggunaan bot dan kaedah penyelaman sekiranya keadaan arus sungai mengizinkan dan bergantung kepada penilaian akhir bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lokasi melibatkan arus serta paras air.
Difahamkan, operasi SAR semalam terpaksa ditangguhkan pada 11 malam atas faktor pencahayaan dan keselamatan.
Semalam, media melaporkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip di kawasan berkenaan.
Mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan sejurus menyedari kehadiran kepala air, namun tidak sempat menyelamatkan diri.
Insiden tersebut membabitkan keseluruhan 12 individu yang berada di bawah jambatan berkenaan termasuk pekerja penambahbaikan paip dan sekumpulan pemancing.
Sebanyak 11 daripadanya berjaya diselamatkan manakala mangsa merupakan satu-satunya individu yang hilang dalam kejadian itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati air di sungai berkenaan agak deras dan pada paras tinggi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager