Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LEMAS CUBA SELAMATKAN KERETA MENGGELONGSOR KE LAUT

DALAM NEGARA

LELAKI LEMAS CUBA SELAMATKAN KERETA MENGGELONGSOR KE LAUT

Pihak bomba dimaklumkan oleh orang awam terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta itu selepas dipercayai cuba menahan kenderaan tersebut daripada masuk ke laut.

Sumber gambar: JBPM Perak

IPOH: Seorang lelaki lemas apabila cuba menyelamatkan kereta Proton Gen2 miliknya yang menggelongsor ke dalam laut di Teluk Senangin dekat Lumut, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dalam kenyataan berkata Muhammad Hafiz Ramli, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Jurucakap itu berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.34 malam.

“Pihak bomba dimaklumkan oleh orang awam terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta itu selepas dipercayai cuba menahan kenderaan tersebut daripada masuk ke laut. Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa naik ke tepi pantai sebelum pasukan penyelamat sampai di lokasi,” katanya.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba membuat pemeriksaan ke atas kereta dan mencabut kabel bateri kenderaan itu.

Katanya mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi berkenaan ditamatkan kira-kira 1.45 pagi tadi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading