Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RIBUAN HADIR PROGRAM PAHANG BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

DALAM NEGARA

RIBUAN HADIR PROGRAM PAHANG BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang semalam.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang semalam diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. — fotoBERNAMA

KUANTAN: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang semalam.

Program itu, yang berlangsung lebih empat jam dan dimulakan dengan solat Maghrib serta Isyak berjemaah, dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta barisan kepimpinan negeri.

Selain selawat dan qasidah turut diadakan persembahan Cahaya dan Bunyi oleh Yayasan Al-Jenderami sebelum tausiah disampaikan oleh pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Wan Rosdy dalam ucapannya berkata program julung kali diadakan itu tidak akan dapat direalisasi sekiranya negara tidak berada dalam keadaan aman dan makmur.

“Kita mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkannya,” kata beliau.

Program itu diakhiri dengan nyanyian lagu Bahtera Merdeka dan penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada pondok serta pusat pengajian tahfiz. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading