Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LETAK VAPE PADA MULUT BAYI DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI LETAK VAPE PADA MULUT BAYI DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki yang meletakkan rokok elektronik (vape) pada mulut seorang bayi di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini seperti yang tular di media sosial.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang meletakkan rokok elektronik (vape) pada mulut seorang bayi di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Menurutnya, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis oleh ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu pada 6 Ogos lepas.

Tambah Rupiah, pengadu turut memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan kenalan adik perempuannya.

“Ketika kejadian beliau bersama mangsa (bayinya), adik perempuan dan lelaki terbabit sedang berada di kedai makan.

“Tiba-tiba suspek yang sedang memangku mangsa dengan niat bergurau telah meletakkan vape yang tidak berfungsi pada mulut mangsa dan kejadian itu dirakam adiknya,” katanya.

Ujarnya, video tersebut telah dimuat naik di laman media sosial oleh adiknya dan tular sehingga mendapat kecaman daripada warga net.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan sementara permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi melakukan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Rupiah menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang komen atau maklumat tidak benar bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading