Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS HILANG DITEMUI MAUT

DALAM NEGARA

WARGA EMAS HILANG DITEMUI MAUT

Ketika kejadian, mangsa yang memandu Perodua Myvi berwarna biru dipercayai telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung di KM 25 Jalan Kota Tinggi – Mersing.

Sumber Facebook

MERSING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang dalam perjalanan dari Kemaman ke Johor Bahru, ditemui pagi tadi.

Menurut Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing, pihaknya menerima makluman dari orang awam menyatakan terdapat sebuah Perodua Myvi berwarna biru telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung di kilometer (km) 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing lebih kurang jam 9.10 pagi tadi.

Sebelum itu, mangsa Zahari Bin Zakaria, 62 tahun dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang. Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis.

Dalam kejadian tersebut, pada Ahad lalu mangsa dipercayai telah terbabas di jalan jenis selekoh. Akibat kemalangan tersebut, kenderaan mangsa telah terbalik di tempat kejadian. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan masih dalam siasatan polis.

Pihak polis menasihatkan pemandu jalanraya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading