Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AINUL DISERANG SAWAN BERULANG KALI, BAPA MOHON DOA ORANG RAMAI

DALAM NEGARA

AINUL DISERANG SAWAN BERULANG KALI, BAPA MOHON DOA ORANG RAMAI

Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku empat lima kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.

KUALA LUMPUR: Kesihatan Ainul Mardhiah dilaporkan kembali tidak stabil apabila diserang sawan berulang kali semalam.

Perkara tersebut dilaporkan sendiri oleh ayahnya menerusi Facebook sebentar tadi.

“Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku empat lima kali dalam tempoh tak sampai 12 jam,” katanya.

Jelasnya lagi, Ainul seakan tidak mampu bergerak buat masa sekarang kerana badannya kaku.

“Walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan.

“Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.

“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” tulisnya.

Di samping itu juga, dia sempat untuk memohon orang ramai agar terus mendoakan yang terbaik untuk Ainul Mardhiah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading