MAHKAMAH BEBAS HASANAH DARIPADA TUDUHAN PECAH AMANAH
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tingggi di sini hari ini membebas dan melepaskan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, empat tahun lepas.
Datuk Hasanah Abdul Hamid (kiri) dibebaskan daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta). — Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Hasanah supaya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut setelah tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fairuz Johari.
“Memandangkan pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk menjalankan kes tersebut, mahkamah ini membebas dan melepaskan Hasanah daripada pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
“Tidak adil membiarkannya berdepan dengan pertuduhan itu begitu sahaja selama setahun dan itu bukan suatu keadilan,” kata JC Roz Mawar.
Terdahulu, peguam pemohon Datuk Suhaimi Ibrahim berhujah bahawa pada tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak guamnya, bagaimanapun, sehingga kini pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan sebarang kes terhadap Hasanah.
“Mereka tidak dapat meneruskan lagi kerana perkara utama tidak ada lagi. Seterusnya, isu lain ialah, mereka tidak lagi mempunyai bukti utama yang terlibat dalam pertuduhan itu. Perkara subjek tidak ada lagi. Tidak salah jika pemohon dalam kes ini mengatakan bahawa kes pendakwaan tidak lagi wujud,” kata Suhaimi.
Pada 12 April 2021, Ahmad Shahrir memberikan perintah DNAA kepada Hasanah selepas TPR Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes terhadap Hasanah.
Hakim memutuskan bahawa TPR menyatakan bahawa Hasanah akan dihadapkan semula dengan pertuduhan di masa akan datang setelah terdapat perkembangan baharu.
Ahmad Shahrir juga berkata apabila TPR menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 254(1) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh, adalah menjadi kewajipan mahkamah berdasarkan Seksyen 254(3) kanun sama, untuk mempertimbangkan sama ada tertuduh sepatutnya diberi perintah pelepasan tanpa pembebasan atau perintah pelepasan dan pembebasan.
Perbicaraan bermula pada 6 Okt 2020, dengan 10 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes itu.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 65, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JPM, di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager