Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, KERETA JATUH TEBING SETINGGI 60 METER

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, KERETA JATUH TEBING SETINGGI 60 METER

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke bawah tebing setinggi 60 meter, dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Seremban pada Jumaat.

Sumber: JBPM Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke bawah tebing setinggi 60 meter, dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Seremban pada Jumaat.

Lee Quan Yao, 22 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.58 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah tiba di lokasi jam 10.20 pagi dan mendapati sebuah kereta jatuh ke bawah tebing setinggi 60 meter.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan tersebut dan difahamkan kereta itu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing,” tambahnya.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dan telah dibawa naik ke atas dengan menggunakan pengusung.

Petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading