SHAH ALAM: Polis Selangor menyangkal dakwaan tidak berasas kononnya menjual semula atau melepaskan dadah dirampas ke pasaran.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dakwaan seumpama itu boleh menjejaskan imej pihak berkuasa yang sentiasa komited memerangi dadah.
“Sebagaimana diketahui umum, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor melaksanakan pelupusan barang kes dadah setiap tahun mengikut prosedur dan garis panduan ditetapkan bagi kes yang selesai di mahkamah.
“Semua dadah dirampas diuruskan dengan penuh ketelitian, bertanggungjawab dan integriti berlandaskan kepada prosedur siasatan serta peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah dan kertas siasatan JSJN Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata setiap gram dadah dirampas direkodkan dan akan dipersoalkan semasa proses perbicaraan di mahkamah.
Shazeli berkata komitmen memerangi dadah dibuktikan dengan pihaknya melupuskan sebanyak 596.2 kilogram (kg) dan 2,744 liter campuran dadah yang telah selesai kes mahkamah bagi tempoh 2022 hingga 2025.
“Dadah dilupuskan meliputi ganja, syabu, serbuk ekstasi, daun ketum, MDMA, heroin, serbuk disyaki dadah, erimin 5, ketamin, pil ekstasi, cecair disyaki dadah, air ketum dan kodein, dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
“Selain itu, sebanyak 12,178 kertas siasatan berkaitan dadah bagi tempoh 1995 hingga 2019 turut dilupuskan sebagai langkah pengurusan rekod yang lebih teratur dan patuh,” katanya.
Beliau berkata kesemua dadah akan dihantar ke tapak pelupusan dadah melalui syarikat yang dilantik oleh kerajaan iaitu Cenviro Sdn Bhd bertempat di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Shazeli berkata untuk tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, polis Selangor telah membuka 30,214 kertas siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 dengan jumlah tangkapan 34,010 orang.
Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 775 individu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.
“Polis juga melaksanakan tindakan pencegahan mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 iaitu dengan menahan 102 orang yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah sepanjang tahun ini.
“Bagi kesalahan penagih dadah berulang, 983 orang dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) hukuman mengikut Seksyen 39C (1) ADB 1952,” katanya.
Shazeli berkata dalam usaha melumpuhkan rangkaian sindiket dadah secara habis-habisan, polis turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai jenis aset serta sumber kewangan yang dianggarkan berlilai RM18.32 juta.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager