Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERJATUH KETIKA CUBA PANJAT MASUK RUMAH TEMAN WANITA

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERJATUH KETIKA CUBA PANJAT MASUK RUMAH TEMAN WANITA

Gambar sekadar hiasan.

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 23 untuk memanjat masuk ke rumah teman wanitanya melalui tingkap dapur, di sebuah kondominium di Jalan Bundusan, semalam.

Mayat mangsa berusia 27 tahun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di bawah kondominium berkenaan, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan.

“Anggota telah menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium itu dan dia didapati sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal pihak polis mendapati lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan ketika memanjat untuk cuba masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap di bahagian dapur,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading