PKP SEMULA DI SELANGOR PALSU

SHAH ALAM: Kenyataan yang tular di media sosial berhubung dakwaan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor sama ada 4 atau 5 Mei, adalah palsu.
Perkara tersebut disahkan Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor hari ini selepas mesej yang tular berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei 2021.
“Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu,” kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor.
Mesej tersebut dilapor menyentuh mengenai larangan rentas daerah dan operasi kedai makan serta sekolah.
Sejak beberapa hari lalu jumlah kes positif COVID-19 di Selangor mencatatkan jumlah empat angka.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilapor mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.—AlHijrah Online