PENIAGA POSITIF COVID-19, DUA BAZAR RAMADAN DITUTUP

KUALA TERENGGANU: Bazar Ramadan di Kuala Besut dan Bukit Kenak, dalam daerah Besut ditutup tujuh hari bermula semalam hingga 7 Mei ini, selepas mendapati ada peniaga di bazar tersebut positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, berkata kedua-dua bazar itu diarah tutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi mencegah penularan COVID-19.

“Siasatan mendapati tiga daripada enam pekerja sebuah kafe di daerah Besut yang didapati positif, turut berniaga di kedua-dua bazar berkenaan,” katanya.

Tambah Dr Nor Azimi, 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh Terengganu dan daripada jumlah itu 22 lokasi adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (6), Dungun (5), Marang (5) dan Hulu Terengganu (2).—AlHijrah Online

Leave a Reply