Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU HARAM LANGGAR RENTAS NEGERI SELESAI, LIHAT KONTEKS KESELURUHAN

DALAM NEGARA

ISU HARAM LANGGAR RENTAS NEGERI SELESAI, LIHAT KONTEKS KESELURUHAN

BANGI: Isu mengenai hukum haram bagi merentas negeri pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dianggap selesai jika dilihat daripada keseluruhan konteks.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia hanya sekadar ucapan dalam webinar dan syarat, peraturan serta kaedahnya sudah sedia ada jika dilihat dari konteks keseluruhan.

“Ucapan dalam majlis webinar dan ucapan kalau dilihat dalam konteks keseluruhan memang kita pun tengok ada syarat-syarat, peraturannya dan kaedah menyebut.

“Jadi dalam isu ini, bagi saya nampak selesai kalau kita tengok keseluruhan konteks,” katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menyarankan orang ramai boleh merujuk kembali video asal di laman Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

“Jadi kalau tengok pada tajuk berita saja, maka itu masih belum memadai, jadi tengok kepada konteks keseluruhan dan juga tengok kepada video asal.

“Kadang-kadang berita ambil separuh potongan, jadi timbul pelbagai tanggapan salah faham, jadi saya nasihatkan tengok video yang penuh, maka selesai,” katanya.

Sebelum ini, pelayar-pelayar media sosial mempertikaikan petikan sebahagian ucapan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu haram melanggar larangan rentas negeri untuk pulang ke kampung.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: BERLAKU PERPECAHAN UMMAH JIKA TIDAK HORMATI MUFTI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading