Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DIPERCAYAI SEMASA CUBA CURI KABEL

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DIPERCAYAI SEMASA CUBA CURI KABEL

Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam.

IPOH: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.07 petang semasa lelaki berumur 38 tahun itu bersama lagi seorang lagi suspek sedang memotong kabel elektrik berkenaan.

Beliau berkata ada saksi sempat membuat rakaman video di tempat kejadian, yang menunjukkan kedua-dua mereka memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan untuk mencuri, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan, dan kedua-dua mereka terus jatuh pengsan.

“Seorang daripada suspek kemudiannya bangun dengan sendiri dan terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata pihak TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh juga mendapati si mati mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim di talian 0197765184 atau Sarjan M.T.Michael Jevadas di balai polis Taman Rishah dengan menelefon 0165325208 bagi membantu siasatan,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading