Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA MENDAKI GUNUNG KERIANG

DALAM NEGARA

LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA MENDAKI GUNUNG KERIANG

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, polis menerima maklumat orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berhubung kejadian kira-kira pukul 6.18 petang.

ALOR SETAR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang, di Alor Setar pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, polis menerima maklumat orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berhubung kejadian kira-kira pukul 6.18 petang.

“Seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di puncak Gunung Keriang. Polis bersama sepasukan anggota bomba telah ke lokasi dan menjalankan operasi menyelamat dan berjaya membawa mangsa turun ke kaki gunung pada pukul 6.40 petang.

“Pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Selain itu, tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa dan mangsa dipercayai telah mendaki gunung itu seorang diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan bedah siasat diperolehi kelak. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mendatangkan kegusaran kepada ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke IPD Kota Setar atau menghubungi pihak polis ditalian 04-7747222,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading