TH JAMIN KESELAMATAN SISTEM DAN APLIKASI DATA JEMAAH HAJI
TH juga telah mengintegrasikan sistem i-Sihat dengan sistem MyVAS dan MySejahtera milik Kementerian Kesihatan untuk memudahkan petugas mengakses maklumat jemaah.
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh aspek keselamatan data jemaah haji dengan memastikan semua sistem dan aplikasi digital yang digunakan dalam operasi haji musim 1446H/2025M mematuhi garis panduan keselamatan siber yang ketat.
Pengarah Operasi Teknologi Maklumat TH Hanizam Hanif berkata setiap sistem yang dibangunkan dilindungi melalui penggunaan teknologi firewall serta kaedah penyulitan data (data encryption) bagi menjamin kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi jemaah daripada sebarang bentuk pencerobohan siber.
“Kami berpegang kepada garis panduan Risiko Dalam Teknologi (RMIT) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan sistem kami kekal selamat dan kukuh,” katanya dalam sidang media, di sini, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Hanizam menasihati jemaah haji supaya tidak bimbang berikutan semua maklumat peribadi mereka diklasifikasikan sebagai data sulit dan dilindungi sepenuhnya melalui teknologi keselamatan canggih yang digunakan oleh TH, sekali gus tidak mudah terdedah atau dibocorkan.
Katanya TH juga telah mengintegrasikan sistem i-Sihat dengan sistem MyVAS dan MySejahtera milik Kementerian Kesihatan untuk memudahkan petugas mengakses maklumat jemaah.
“Langkah ini membolehkan petugas perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat kesihatan jemaah dengan lebih cepat dan efisien, mengurangkan keperluan penggunaan buku rekod rawatan fizikal,” katanya.
Bagi memastikan kestabilan sambungan internet, Hanizam berkata TH telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Arab Saudi iaitu Saudi Telecom Company (STC) bagi meningkatkan infrastruktur talian fiber optik di bangunan penginapan jemaah.
“TH juga melanggan perkhidmatan data mudah alih 5G dari tiga syarikat utama di Arab Saudi iaitu STC, Mobily dan Zain untuk digunakan semasa operasi di luar bangunan termasuk di kawasan Masyair,” katanya.
Beliau berkata dengan pelbagai penambahbaikan digital dan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh, TH optimis pengalaman ibadah jemaah Malaysia di Tanah Suci dapat dipertingkatkan, sekali gus memastikan kelancaran keseluruhan operasi haji tahun ini.
Selain itu, katanya jemaah haji boleh menggunakan aplikasi THiJARI, THhujjaj, e-Bimbingan dan e-Taib bagi memudahkan urusan sepanjang di Tanah Suci.
“Setiap aplikasi yang dibangunkan TH mempunyai ciri mesra pengguna, ringkas dan tidak terlalu rumit untuk pelbagai lapisan generasi termasuk golongan berusia 60-an dan 70-an,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests