LELAKI REDAH BANJIR SAMBIL ANGKAT BAPA MENTUA LUMPUH
Keadaan banjir yang semakin buruk dan paras air naik terlalu cepat di Kampung Pinang Merah di sini, telah memaksa dua keluarga bertindak segera untuk memastikan keselamatan insan tersayang mereka.
PAKA: Keadaan banjir yang semakin buruk dan paras air naik terlalu cepat di Kampung Pinang Merah di sini, telah memaksa dua keluarga bertindak segera untuk memastikan keselamatan insan tersayang mereka.
Antaranya Anuar Ahmad, 48, terpaksa meredah air pada paras paha semasa hujan bersama ahli keluarga untuk mengangkat bapa mentuanya Abdul Ghani, 83, yang berkerusi roda sejauh kira-kira 100 meter, sebelum naik ke kereta dan dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior, sekitar tiga kilometer dari kediaman.
“Air mula naik sejak 9.30 malam dan terus meningkat dengan cepat, di luar kebiasaan. Kami mula kemas barang sejak pukul 7 petang selepas mendapat amaran ramalan air pasang besar. Kami jangka air akan terus naik sehingga lusa.
“Ayah mentua saya menghidap penyakit gout dan lumpuh, jadi kami terpaksa pindahkan ayah ke PPS SK Kampung Nyior untuk keselesaan dan keselamatan. Kami minta untuk duduk di tingkat bawah di PPS berkenaan supaya dapat memudahkan beliau,” katanya ketika ditemui Bernama dekat sini.
Beliau berkata tindakan pantas itu diambil berikutan rumah bapa mentuanya sebelum ini pernah ditenggelami air sehingga ke paras dada dalam insiden banjir pada tahun-tahun sebelum ini.
“Sejurus dapat maklumat di telefon yang malam ini akan berlaku air pasang besar, kami anak-anak yang tinggal berdekatan terus bergegas ke sini, tolong kemas-kemas barang dan bersiap sedia untuk bawa ayah keluar. Kami bimbang sebab ayah tinggal berdua sahaja bersama ibu mentua Zaharah Jusoh yang berusia 75 tahun,” katanya.
Tinjauan Bernama di lokasi malam tadi mendapati kawasan terbabit khususnya di lokasi-lokasi kampung berhampiran Sungai Paka mula dinaiki air sehingga ke paras paha, berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di Terengganu malam tadi.
Sementara itu, penduduk Mohd Lafi Mohamad, 59, yang merupakan anak jati kampung berkenaan berkata fenomena air pasang pada kali ini dilihat cukup luar biasa, berikutan paras air mula naik secara mendadak selepas Maghrib.
“Kami terkejut juga, dari jam 7 malam air sudah naik dengan laju walaupun siang pada Sabtu tidak hujan. Kami sudah kemas barangan dan sedia untuk pindah jika air terus naik. Sekarang ini air sudah naik sekitar dua hingga tiga kaki, tetapi kami masih menunggu keadaan.
“Kampung Pinang Merah ini terletak berhampiran Sungai Paka dengan jumlah sekitar 200 hingga 300 rumah. Penduduk di kawasan ini sudah biasa dengan banjir, namun kali ini mereka lebih risau kerana paras air sungai yang dilaporkan tinggi,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager