BANJIR: PM UMUM RM50 JUTA PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI KELANTAN, TERENGGANU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menyantuni mangsa banjir semasa melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, hari ini.
Sumber Gambar: BERNAMA
SETIU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.
Selain itu Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menyediakan bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.4 juta.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan, Kampung Telaga Papan, Setiu yang menempatkan 269 mangsa.
Perdana Menteri sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada 10.25 pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi terkini banjir di negeri itu.
Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan peruntukan tambahan hari ini adalah bagi tujuan membaiki infra serta kerja-kerja pasca banjir yang dijangka melibatkan kos yang tinggi.
“Untuk negeri lain kita sedang pantau, tidak mahu jadi salah faham… akan ikut keperluan dan saya jangka jumlah keseluruhan (negeri-negeri terkesan banjir) mengalami (kerugian) banjir kali ini hampir mencecah RM1 bilion,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat meskipun situasi banjir terutama di Kelantan dan Terengganu semakin serius.
Beliau berkata ini kerana seluruh jentera pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seluruh jentera Persekutuan, negeri dan daerah mampu menangani masalah bencana ini dengan baik.
“Jadi tidak ada keperluan sama sekali untuk diisytihar darurat,” katanya.
Sementara itu sejurus selepas melawat mangsa banjir di SK Telaga Papan, Anwar turut meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa banjir di PPS SK Mangkuk yang menempatkan 372 mangsa.
Setakat tengah hari ini, Terengganu merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 42,040 orang daripada 11,352 keluarga dengan menyaksikan Besut menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 15,756 orang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked