Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis, selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis, selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menterinya Fadhlina Sidek berkata keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL), yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.
“KPM sedia melaksanakan peperiksaan dalam situasi banjir berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung dan Pelan Tindakan Menghadapi MTL.
“KPM juga berkerjasama dengan agensi seperti NADMA, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), untuk memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar,” katanya pada Sidang Media Khas Pengurusan Banjir KPM dan Persiapan Peperiksaan SPM, di sini hari ini.
Fadhlina berkata seramai 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu Kelantan seramai 3,111 calon, Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon).
Beliau berkata semua calon terjejas banjir akan ditempatkan di asrama atau digerakkan ke pusat peperiksaan alternatif, bagi memastikan kesemua calon dapat keselesaan untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.
Fadhlina berkata setakat ini, pemindahan calon-calon terkesan banjir sedang dilaksanakan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di ketiga-tiga negeri, khususnya di Kelantan.
“Gerakan memindahkan mereka sedang dilaksanakan untuk memastikan mereka dapat tinggal di asrama yang kondusif dan teruskan ulang kaji persiapan SPM mereka dengan tersusun.
“Bagi pembelajaran di asrama dan pusat peperiksaan alternatif, kita sediakan semua buku teks, akses kepada makmal komputer dan juga menggunakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya.
Fadhlina berkata memandangkan ada pertambahan jumlah pelajar di asrama berikutan pemindahan masuk calon SPM yang terjejas banjir, pihaknya akan memastikan keperluan tambahan asrama seperti penyediaan makanan yang berkualiti akan disalurkan segera oleh KPM.
Beliau berkata KPM juga memberi kebenaran kepada calon terjejas banjir untuk tidak memakai pakaian seragam semasa menduduki peperiksaan, sebaliknya boleh menggunakan pakaian yang bersesuaian.
Selain sokongan psikosial yang disediakan oleh setiap JPN bagi membantu calon terjejas banjir, beliau berkata pihaknya juga akan menyediakan kelengkapan peperiksaan seperti alat tulis kepada mereka.
Pada masa yang sama, beliau berkata calon persendirian juga diminta untuk menghubungi JPN atau hadir terus ke pusat peperikasaan alternatif, bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager