LESEN BAZAR RAMADAN DIBATALKAN JIKA DIJUAL SEMULA – PM ANWAR
Anwar menegaskan tindakan itu perlu dilaksanakan, kerana saban tahun terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual semula lesen tersebut bagi mendapatkan keuntungan mudah.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa lesen bazar Ramadan yang didapati dijual semula akan dibatalkan dengan segera.
Beliau menegaskan tindakan itu perlu dilaksanakan, kerana saban tahun terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual semula lesen tersebut bagi mendapatkan keuntungan mudah.
“Kalau ada persatuan yang ambil berpuluh ringgit untuk pengawasan dan kebersihan, itu saya faham, tetapi ini (salah kerana) dijual semula.
“Jadi kita kena pastikan siapa yang dapat lesen, dia kerja. Kalau dia pindahkan lesen itu, batal segera,” kata beliau ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.
Anwar berkata pembatalan lesen bazar Ramadan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sedemikian telah diamalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan boleh dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan lain.
“Jadi saya harap dengan pelaksanaan tegas di Kuala Lumpur, dia menjadi satu contoh. Contoh pelaksanaan yang baik. Bayangkan orang nak berniaga di bulan Ramadan untuk mendapat hasil dan upah lebih tinggi untuk persiapan (Aidilfitri) untuk keluarga. (Tetapi) itu masih ada tokok-tokok selain daripada kadar ditetapkan,” kata beliau.
Perdana Menteri menegaskan perkara-perkara kecil seumpama itu jika tidak diambil tindakan boleh menyebabkan keruntuhan tatakelola yang lebih besar dalam negara.
“Tetapi kalau kita biarkan beginilah keadaannya, di merata tempat. Sekecil-kecil gerai, sebesar-besar projek raksasa.
“Saya percaya (penguatkuasaan) ini juga harus dilakukan di pelabuhan, di lapangan terbang. Kita tengok beberapa sistem yang lebih kemas dan cekap sekarang tetapi tidak terlepas beberapa pelanggaran yang harus kita pantau,” kata Anwar.
Sementara itu, beliau turut mengajak umat Islam di Malaysia untuk memantapkan persiapan diri menjelang bulan suci Ramadan yang akan tiba awal bulan depan.
“Persiapan maknanya sekurang-kurangnya mengulangi dan membaca makna, khasiat dan mesej risalah mengenai Ramadan dan supaya penghayatan itu lebih bermakna.
“Ramadan itu memberikan satu penegasan tentang disiplin, tentang kekuatan rohani dan keyakinan dan juga sifat lebih sederhana, lebih perhatian kepada nasib masyarakat yang tersisih dan terbiar,” kata beliau. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked