Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR MAHU PROJEK TEBATAN BANJIR, BASMI MISKIN TEGAR DISEGERAKAN

DALAM NEGARA

PM ANWAR MAHU PROJEK TEBATAN BANJIR, BASMI MISKIN TEGAR DISEGERAKAN

Anwar berkata beliau meminta Perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi dan juga proses pre-queue yang lebih cepat.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat seperti membasmi kemiskinan tegar dan projek tebatan banjir disegerakan.

Anwar berkata beliau meminta Perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi dan juga proses pre-queue yang lebih cepat.

Beliau berkata ini terutamanya melibatkan projek yang melalui proses tender yang memakan masa terlalu lama.

“Mengapa kita tekankan soal tender ini, kerana saya tengok kalau kita pakai rundingan ini, kita gunakan kaedah rundingan, banyak ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender.

“Tapi tender itu kadang-kadang kalau proses biasa, akan mengambil masa terlalu panjang namun orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu,” kata beliau ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading