LEWAT TIBA, OKU PENGLIHATAN GAGAL HANTAR BORANG PENCALONAN
Hasrat orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Habib Bourguiba Abd Hamid, untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa tidak kesampaian setelah gagal menghantar borang pencalonan kerana lewat tiba di pusat penamaan calon.
Calon Bebas bagi Parlimen P119 Titiwangsa Habib Bourguiba Abd Hamid (dua, kanan) dihalang Pegawai Pengurus Pilihan Raya P119 Titiwangsa Firdausz Said memasuki Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Habib Bourguiba Abd Hamid, untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa tidak kesampaian setelah gagal menghantar borang pencalonan kerana lewat tiba di pusat penamaan calon.
Berbaju putih dan bertongkat, Habib Borguiba, 53, dari Kampung Datuk Keramat di sini tiba di pusat penamaan calon (PPC) bagi Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki pada 10.02 pagi, dua minit selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi.
“Saya keluar dari rumah kira-kira pukul 8.50 pagi tetapi tidak dapat tiba tepat pada masanya berikutan keadaan lalu lintas dan penutupan jalan di kawasan tersebut dan tiba kira-kira 9.50 pagi.
“Ketika berjalan menghampiri pintu pagar, pegawai pengurus PPC mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan sudah ditutup, dan pengumuman pencalonan ditutup dan saya tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada media ketika ditemui di pintu pagar SMK Aminuddin Baki itu hari ini.
Pegawai Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa Firdzaus Said yang keluar untuk menemuinya di luar pagar PPC itu berkata Habib Borguiba tidak dibenarkan masuk selepas pihaknya mengumumkan waktu penerimaan kertas penamaan calon sudah tamat.
Menurutnya, semua calon mempunyai masa yang mencukupi dari 9 hingga 10 pagi untuk mengemukakan pencalonan.
“Ini soal undang-undang dan akan ada akibat yang serius jika saya melanggarnya. Saya telah membuat pengumuman untuk penutupan pencalonan dan ini adalah peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.
Sesi penamaan calon Parlimen Titiwangsa yang ditutup pada pukul 10 pagi, menyaksikan persaingan empat penjuru di kerusi berkenaan melibatkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili Barisan Nasional (BN), Khalid Abdul Samad Pakatan Harapan (PH), Dr Rosni Adam dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked