LIHAT PERUBAHAN RAKAN, DUA ORANG ASAL IKUT PELUK ISLAM

Last Updated on

BIDOR: Dua warga Senoi Praaq yang juga dikenali sebagai orang asal atau pribumi di Bidor, Perak, membuat keputusan memeluk Islam selepas mengakui kagum melihat perubahan rakan-rakan mereka yang lebih awal berbuat demikian dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik.

Mashrondy Mustafa, 38, dan Anas, 14, memaklumkan walaupun tindakan itu disifatkan agak terlambat, mereka tetap terharu, sebak dan gembira selepas selesai mengucapkan shahadah.

Ikuti laporan wartawan Berita Alhijrah, Hanisa Hasanuddin, dalam Berita AlHijrah siaran 19 Jun 2020. – AlHijrah Online

Leave a Reply