“Ada penguatkuasa menerima sehingga RM10,000 hanya bagi satu transaksi kegiatan penyeludupan” demikian kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berhubung habuan yang diterima penguatkuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran di negara ini.
Dengan bayaran setinggi itu, tidak terkejut jika penguatkuasa hatta pangkat tinggipun sanggup ‘menjual integriti’ mereka demi wang.
Apa yang menjadi persoalan penulis, perkara ini sememangnya bukan baru, namun sampai bila?
Adakah mahu sampai negara ini dipenuhi dengan pendatang asing baru mahu tindakan diambil?
Semalam dalam sidang media di Johor Bahru, Ayob Khan mendedahkan 18 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa ditangkap selepas disyaki terlibat dalam banyak sindiket penyeludupan migran di Perairan Johor Timur.
Kesemua mereka yang berumur 24 hingga 41 tahun itu, ditahan dalam operasi susulan pada 15 Jun hingga 18 Jun, hasil tangkapan 40 suspek penyeludupan migran pada 4 jun lepas.
Ayob Khan berkata ada juga di antara penguatkuasa yang menerima bayaran bulanan daripada sindiket berkenaan sebanyak RM500 hingga RM1,000.
“Ada satu insiden salah seorang anggota polis dapat kesan aktiviti tekong yang cuba seludup migran dan syabu. Dalam satu transaksi anggota dibayar RM10,000 bayangkan berapa kali dia dapat? Jadi saya rasa tak ada amaran kita terus tangkap je.” kata Ayob Khan dalam sidang media semalam.
Lebih mengejutkan penulis, ia sudah berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Bayangkan jumlah kutipan yang telah dikaut pengkhianat negara sepanjang tempoh itu?
Ayob Khan berkata pengkhianatan itu bukan sahaja membabitkan pegawai rendah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi sehingga pangkat Asisten Superintendan (ASP).
Mereka yang disyaki melakukan tindakan khianat kepada negara ini akan disiasat di bawah seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Bab VIB Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan, dengan mengguna pakai prosedur siasatan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.
Dari kaca mata penulis selagi ada dalang lebih-lebih lagi dari ‘dalam’ disebalik kemasukan migran ini, selagi itu isu PATI tidak pernah akan selesai
Penguatkuasa sepatutnya menjalankan amanah mereka sehingga menutup lorong-lorong tikus untuk kemasukan migran dan bukannya ‘mencipta lorong hitam’ lain untuk mereka kaut keuntungan dan menyusahkan kerajaan.
Tindakan tim Ayob Khan ini perlu diteruskan bagi memastikan penguatkuasa yang belot kepada negara tidak akan dapat hidup dengan dengan duit haram! — AlHijrah Online
Penulis adalah Editor / Penerbit Berita Alhijrah.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests