LIMA NEGERI BERALIH FASA DUA PELAN PEMULIHAN NEGARA

PUTRAJAYA: Lima negeri akan beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang berkuatkuasa pada 5 Julai (Isnin).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima negeri tersebut merupakan Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, keputusan dibuat berdasarkan nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang telah berjaya dicapai.

“Antara sektor yang dibenarkan beroperasi dalam Fasa Kedua adalah kedai buku dan alat tulis, telekomunikasi, kedai cuci kereta, gunting rambut.

“Dari segi pergerakan, daerah dan negeri masih dilarang kecuali kelonggaran diberikan kepada guru sekolah dan pelajar yang perlu mengikuti kelas peperiksaan,” katanya dalam sidang media berhubung Fasa Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, secara maya, hari ini.

Tambah Ismail, tiga indikator yang perlu dipatuhi untuk beralih kepada Fasa Kedua (PPN) iaitu purata kes harian di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan kapasiti wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi yang telah menerima dua dos lengkap melebihi 10 peratus.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply