Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LOGO KASUT DIDAKWA MIRIP KALIMAH ALLAH, JAKIM PANGGIL PIHAK BERKAITAN ESOK

DALAM NEGARA

LOGO KASUT DIDAKWA MIRIP KALIMAH ALLAH, JAKIM PANGGIL PIHAK BERKAITAN ESOK

Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

“Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular foto yang memaparkan logo kasut keluaran syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah dan ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading