REMAN TERHADAP LELAKI WARGA ISRAEL MILIKI ENAM PUCUK PISTOL DISAMBUNG TUJUH HARI
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Kuala Lumpur, minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata permohonan sambung reman terhadap Shalom Avitan, 38, yang berakhir hari ini dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan laporan siasatan secara terperinci.
“Kita masih memerlukan sedikit masa untuk mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama ini (Avitan) dan pasangan suami isteri tempatan yang turut disambung reman Jumaat lepas.
“Pada masa ini, pihak kita (polis) masih meneliti motif dan tujuan utama suspek memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 27 Mac lepas, Avitan yang memiliki pasport Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.
Pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac kerana disyaki menjual senjata api berkenaan kepada suspek.
Razarudin berkata pada hari sama, seorang daripada suspek ditahan di Cameron Highlands yang berperanan sebagai pemandu kepada Avitan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapnya selesai.
“Secara keseluruhan, jumlah individu yang ditahan pada masa ini adalah seramai 15 orang termasuk dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya.
Lelaki warga Israel itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lepas dengan menggunakan pasport Perancis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked