1,454 KANDUNGAN 3R DALAM MEDIA SOSIAL DITURUNKAN SETAKAT INI – TEO
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama merupakan yang tertinggi dengan 727 kandungan diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).
“Pada tahun lepas, MCMC telah menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah dibawa turun, angka ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit di sini hari ini.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731 diikuti aplikasi TikTok (705); aplikasi X (sembilan); YouTube (lima) dan Telegram (empat).
Ketua Wanita DAP itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa kes terbabit akan meningkat pada bulan depan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.
“Kebiasaannya pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitkan, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu.
“Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaruh dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit.
Mengenai pertemuan pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan syarikat konglomerat Meta Platforms Inc (Meta) esok, beliau berkata tujuannya bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.
Katanya, perbincangan itu antaranya akan menyentuh tentang 3R, selain mereka yang berumur 13 tahun ke bawah tidak akan dibenarkan membuka akaun dalam media sosial antaranya aplikasi TikTok.
Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada SJKC Sawit untuk membaiki mozek di kantin sekolah yang rosak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.