HOSPITAL AL-SHIFA UMPAMA CANGKERANG KOSONG DENGAN PUSARA MANUSIA – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan terkini Israel.
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan terkini Israel.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dalam hantarannya di laman X bahawa satu pasukan daripada WHO dan rakan kongsi melawat Al-Shifa untuk menilai keadaan di hospital itu selepas tentera Israel menamatkan kepungan dan serangan selama dua minggu ke atas kemudahan itu yang mengakibat kemusnahan besar dan kematian pesakit dan staf perubatan.
“@WHO dan rakan kongsi berjaya sampai ke Al-Shifa – satu ketika dahulu merupakan tulang belakang sistem kesihatan di #Gaza, yang kini umpama sebuah cengkerang kosong dengan pusara manusia selepas kepungan dan serangan terkini. Pasukan itu menyaksikan sekurang-kurangnya lima mayat semasa lawatan itu,” kata Ghebreyesus.
“Kebanyakan daripada bangunan di kompleks hospital itu musnah dan majoriti daripada asetnya rosak atau musnah menjadi abu. Malah untuk memulihkan fungsi minimum hospital itu dalam jangka masa pendek adalah mustahil,” katanya.
Beliau menekankan keperluan melakukan satu penilaian mendalam oleh sepasukan jurutera untuk memastikan sama ada bangunan yang tinggal selamat untuk kegunaan akan datang.
Misi yang diketuai WHO akhirnya dapat memasuki hospital itu pada Jumaat selepas pelbagai usaha gagal sejak 25 Mac lepas.
Beliau berkata usaha terbaharu WHO dan rakan-rakan kongsi lain untuk menghidupkan kembali perkhidmatan asas di Hospital Al-Shifa kini terhenti dan penduduk di sana sekali lagi tidak dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dan untuk menyelamatkan nyawa.
Menurut WHO, daripada 36 hospital utama di Gaza, hanya 10 yang tinggal dan tidak berfungsi sepenuhnya.
Ghebreyesus berkata tindakan segera diperlukan di Gaza memandangkan peningkatan kebuluran, penularan penyakit dan kecederaan trauma dalam kalangan penduduk Gaza yang terperangkap.
Beliau menyeru kepada perlindungan kepada kemudahan kesihatan yang tinggal di Gaza, pekerja perubatan dan bantuan kemanusiaan selain daripada membuka laluan tambahan bagi memudahkan akses ke utara Gaza.
Beliau juga menyeru kepada sebuah mekanisme penyelesaian konflik, tiada halangan kepada bantuan kemanusiaan ke seluruh Semenanjung Gaza dan satu gencatan senjata.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked