Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LOKASI RISIKO TANAH RUNTUH DI KELANTAN DIKENALPASTI

DALAM NEGARA

LOKASI RISIKO TANAH RUNTUH DI KELANTAN DIKENALPASTI

Datuk Shafien Mamat di Majlis Perasmian Surau Ar-Rasyidin

Tumpat: Polis mengenal pasti lapan kawasan di Kelantan yang berisiko akan berlakunya tanah runtuh berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk hujan berpanjangan sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lapan kawasan itu membabitkan lima daerah iaitu Gua Musang, Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Pasir Mas.

Antara kawasan yang dikenal pasti mempunyai risiko tanah runtuh, ialah Jalan Kuala Betis – Lojing di Gua Musang.

Sementara kawasan-kawasan lain pula membabitkan Batu 18, Jalan Timur Barat Jeli ke Gerik; Tebing Sungai Kampung Kuau di Bachok; Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas dan Lata Rek, Gunung Stong serta Kampung Chucuh Puteri di Kuala Krai.

Menurut Shafien, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya di kawasan berisiko, sudah ada jalan yang retak akibat pergerakan tanah seperti di kawasan Lojing.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Surau Ar-Rasyidin yang dibina dengan kos RM500,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat , hari ini.

Shafien berkata, pihak polis menerusi pasukan pemantau bertugas 24 jam untuk memantau lokasi bahaya dan keadaan hujan dengan kerjasama Bilik Gerakan Bencana Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai atau pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mengelakkan daripada ke lokasi berisiko ini kerana boleh mengundang bahaya selain sentiasa peka dengan hebahan maklumat menerusi laman web dan media sosial pihak berkuasa terbabit. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading