Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI BARANG KITAR SEMULA TERBALIK

DALAM NEGARA

LORI BARANG KITAR SEMULA TERBALIK

SERDANG: Sebuah lori membawa muatan barangan kitar semula terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dari arah The Mines ke Balakong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A A Anbalagan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.05 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan bukan bawa muatan berlebihan tapi tidak tersusun kemas.

“Akibat kejadian itu, beberapa lorong ditutup bagi membolehkan lori dan muatan dialihkan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Polis akan mengeluarkan saman terhadap pemandu lori berkenaan selepas siasatan lanjut dijalankan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading